Wednesday, July 11, 2012

Senamrobik Serentak 1M 1S SKPA

Acara Senamrobik 1M 1S SKPA telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun demikian ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru. Sebelum acara dijalankan, telah diberi taklimat supaya kehadiran murid ke sekolah perlu dicatitkan dan rekod kedatangan tersebut mestilah diletakkan di tempat yang sepatutnya. MALANGnya ada beberapa kelas yang tidak berbuat demikian. Perkara ini telah menyusahkan guru yang terlibat dengan penyediaan laporan aktiviti senamrobik. Ada pula kelas yang tidak ada buku rekod kedatangan. ALASANnya ! dah 3 hari buku rekod kedatangan tersebut tidak ada dalam simpanannya. INI SATU ISU yang besar.

Perkara ini boleh dielakkan jika semua guru peka dengan tugas - tugas orang lain. Hormatilah tugas orang lain dengan mendengar dan mematuhi taklimat yang telah diberikan...

Sekian.

No comments:

Post a Comment