Wednesday, July 11, 2012

PENAT FIKIRAN

Dah berapa kali telah diingatkan. Jika hendak menggunakan makmal komputer hendaklah 'book' atau menempah terlebih dahulu dengan cara menulis di whiteboard kecil di luar makmal. Ada yang menempah dan ada yang tidak!.

Dah lepas menggunakan makmal, lupa pula hendak mencatatkan di dalam buku rekod penggunaan. Alahai. Bukan perkara susah pun. Tolong respect kerja orang lain. Kalau kita tak respect orang, macam mana orang nak respect kita. Betul tak?

Sebelum keluar tolonglah pastikan kerusi, alatan komputer yang telah digunakan disusun semula. Kasi cantik sikit lah BRO. Ingat tugas orang yang duduk kat dalam makmal tu kerjanya mengemas, menyusun, menyapu, mengemop saja ker???

Penat bila memikirkan hal ni. Nampak macam senang saje tetapi pada hakikatnya ia terlalu sukar untuk dijelmakan..

Sekian.

Senamrobik Serentak 1M 1S SKPA

Acara Senamrobik 1M 1S SKPA telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun demikian ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru. Sebelum acara dijalankan, telah diberi taklimat supaya kehadiran murid ke sekolah perlu dicatitkan dan rekod kedatangan tersebut mestilah diletakkan di tempat yang sepatutnya. MALANGnya ada beberapa kelas yang tidak berbuat demikian. Perkara ini telah menyusahkan guru yang terlibat dengan penyediaan laporan aktiviti senamrobik. Ada pula kelas yang tidak ada buku rekod kedatangan. ALASANnya ! dah 3 hari buku rekod kedatangan tersebut tidak ada dalam simpanannya. INI SATU ISU yang besar.

Perkara ini boleh dielakkan jika semua guru peka dengan tugas - tugas orang lain. Hormatilah tugas orang lain dengan mendengar dan mematuhi taklimat yang telah diberikan...

Sekian.